Sunday, April 8, 2018

SURAT TERBUKA RAFIDAH - NAJIB KHIANAT TANAH MINDEF



SURAT TERBUKA RAFIDAH AZIZ KEPADA NAJIB - DIHARAP PERDANA MENTERI DAPAT SEGERA BERI PENJELASAN

8hb April 2018 

SURAT TERBUKA KAPADA PM 

Bismillahirrahmanirrahim

DATO' SRI PM,
Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI  DI SELURUH MALAYSIA

Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato' Sri  Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ' SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :

1) UNTUK Dato' Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia .(Tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik )

2) ‘Pengswastaan’ itu diberikan KAPADA  sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU,  iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.

3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN , iaitu 4 dekad.
   
TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA, atau di minta apa2 sebutharga dari pihak2 lain. 

Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato' Sri, dalam Mesyuarat tersebut:

 a) MENGAPA di swastakan kapada Syarikat yang tidak langsong di ketahui rekodnya

  b) MENGAPA tidak di swastakan kepada LEMBAGA TABUNG  ANGKATAN TENTERA (LTAT), yang bolih bergabung dengan Syarikat2 besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

JAWAPAN DATO' SRI kepada saya, dan di sambut olih PM Abdullah ialah,

‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian...’

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato' Sri.  

Kertas Kabinet telah diluluskan.

DATO' SRI  PM ,

Saya ingin bertanyakan, untuk diberi PENGESAHAN, bahawa :

(1) ‘SYARIKAT 3 Individu ’ SEKARANG INI adalah PEMILIK setiap inci Tanah BEKAS MILIK MINDEF / MILITARI ,(KECUALI yang telah mereka jual)

(2)  MEREKA lah sekarang pihak yang MEMBUAT KEPUTUSAN2 atas perkara2 saperti :

⁃ APA yang akan di buat dengan Tanah di SELURUH Malaysia, yang BEKAS milik MINDEF / MILITARI, tetapi yang telah diswastakan kapada mereka.

⁃ KAPADA SYARIKAT2  mana yang  mereka akan jual keping2 tertentu , Tanah yang sekarang MEREKA miliki itu . (KECUALI jika ada ‘arahan2’ tertentu dari pihak atasan)

⁃ UNTUK TENTUKAN apa2 Peraturan dan Perjanjian, SAPERTI  ‘TUKAR TANAH/ LAND SWAP’.

 Ini saperti dalam keadaan, dimana, ada  Syarikat2  yang SETUJU untuk  mereka PINDAHKAN Kem2 LAMA Militari dalam dan sekitar bandar, dan mereka juga akan BANGUNKAN Kem2  BARU di lokasi lain ,yang jauh dari bandar.

Sebagai ‘PERTUKARAN TANAH', Syarikat2 tersebut akan dapat TAPAK2  KEM lama itu, yang jauh lebih tinggi nilainya, untuk membangunkan PROJEK2 KOMERSIAL , yang sangat MENGUNTUNGKAN. Terutama selepas di NILAI SEMULA/ Revalue, Tanah BEKAS Milik MINDEF ,  kapada nilai semasa. (Contohnya ialah di SARAWAK, IAITU  transaksi dengan Syarikat milik Tan Sri Bustari Yusof. Beliau akan membina Kem2 baru, di kawasan2 luar dari bandar, dan dapat Tapak2 Kem Lama sekitar Bandar untuk dibangunkan PROJEK2  KOMERSIAL )

Dapatkah Dato' Sri SAHKAN, bahawa Projek2 BERIKUT, adalah ANTARA yang MELIBATKAN tanah BEKAS  milik MINDEF / MILITARI ,(yang sekarang MILIK  ‘Syarikat 3 Individu’ )?

Ini CONTOH2  yang di ketahui :

1) PENGKALAN TUDM di Sg Besi, telah di jual KEPADA 1 MDB pada harga yang TIDAK manasabah iaitu RM74.20pkp (nilai pada masa itu sehingga RM1,000pkp). Kontrak yang di tawarkan  kapada IWH-CREC untuk membangunkan Perojek ‘Bandar Malaysia’, telah DITARIK BALIK. 
KERAJAAN melalui MOF, telah ‘ambil alih’ PROJEK. 

Wang DEPOSIT sebanyak RM741 juta sudahpun dibayar olih mereka. Akhirnya, BUKAN  1MDB yang BAYAR  BALIK DEPOSIT itu, tetapi KERAJAAN ( iaitu RAKYAT yang PEMBAYAR Cukai)

   2)  KEM MAJIDEE, 4 km dari Johor Bharu, di TEMPATKAN SEMULA, ke lokasi2 yang jauh, saperti ke Kluang, Gemas dan lain2. Sebenarnya ISU ini telah di bangkitkan di PARLIMEN, dan juga olih Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee) ,yang ketika , itu di pengerusikan olih Tan Sri Azmi Khalid.

3) EAST COAST RAIL LINK (ECRL) sepanjang 620 km
     
4) HIGH SPEED RAIL ke Singapura (HSR)
     
5) SATU PROJEK berbentuk PERTANIAN KOMERSIAL BESAR2AN, yang telah diumumkan olih Menteri Pertahanan Hishamuddin, yang dikatakan ‘akan dibangunkan atas Tapak2 Tanah MINDEF  yang tidak digunakan' ,  atau" idle".

SEBENARNYA, TIDAK ada LAGI, TANAH MILIK MINDEF / MILITARI ,sama ada ‘idle’ atau tidak. 
SEMUA TANAH MINDEF/ MILITARI, SEKARANG DIMILIKI olih ‘Syarikat 3 Individu’.
       
6) PENJUALAN tanah Strategik , iaitu PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH kapada TSR Capital, untuk tapak itu di bangunkan projek KOMERSIAL.  
PENGKALAN lama akan di pindahkan ke Ara Kuda.  

BAGAIMANAPUN, SETELAH ada banyak TENTANGAN daripada pelbagai pihak, Dato' Sri telah TANGGUHKAN Pelan itu, supaya dibuat ‘kajian lebih   mendalam’.
WALHAL, WANG sudah di perolehi dari Jualan Tapak Tanah olih ‘Syarikat 3 Individu’.

DATO' SRI ,

Baru2 ini Dato ' Sri telah umumkan semasa membuka PENGKALAN TUDM BARU SENDAYAN,  bahawa 'tanah2 ASET Kerajaan yang TIDAK digunakan’, akan "di monetise" ‘untuk projek2 lain’ '

Saya ingin mendapat PENGESAHAN :

 a) ADAKAH INI satu lagi PERANCANGAN untuk di KOMERSIALKAN Tanah BEKAS Milik MINDEF/ MILITARI , yang SEKARANG MILIK PENUH ' SYARIKAT 3 INDIVIDU '? 

b) BAHAWA akan ada pendekatan2 di ambil, untuk membolihkan bantuan kewangan diberi terus  kepada  1MDB ,  (saperti dalam case PEMBAYARAN DEPOSIT olih KERAJAAN , dan BUKAN olih 1MDB,  dalam transaksi Penjualan Tanah PENGKALAN UDARA  SG BESI , kapada IWH- CREC Consortium )?
      
RAKYAT PERLU TAHU SEMUA FAKTA2 . 
SILALAH DEDAHKAN UNTUK PENGETAHUAN AWAM:

   a)  NAMA2 3 Individu itu

   b)  NAMA Syarikat mereka 

   c)  BUTIR2  PENGSWASTAAN besar2an , secara ‘SEKALI GUS’ , ASET NEGARA , yang sangat  STRATEGIK dan BERHARGA itu.

    d)  SENARAI Menteri2 yang hadhir dalam Meyuarat Kabinet, yang meluluskan KERTAS KABINET ,  yang Dato' Sri bentangkan itu. SAYA SENDIRI MEMANG HADHIR.

TIDAK ADA apa lagi  yang ‘Rahsia’ tentang Kertas Kabinet itu, kerana  PENGSWASTAAN  SUDAH pun SELESAI. 

Projek2 meggunakan tanah BEKAS Milik MINDEF / MILITARY, sudah pun , dan sedang ,dilaksanakan. Cara berterusan, Projek2 BARU akan di RUNDINGKAN ,dengan PENILAIAN SEMULA nilai tanah kapada nilai semasa, UNTUK 30 TAHUN yang akan datang.

KITA SEMUA mesti TAAT SERTA PATUH BERPEGANG  kapada )SUMPAH PERLANTIKAN JAWATAN KITA. Menteri2 berugama ISLAM, MEMULAKAN SUMPAH mereka dengan Lafaz..

  ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’

ALLAH SWT MENGHAKIMKAN SEGALA2NYA.

Terima kasih,

Salam Sejahtera,

Rafidah Aziz.


(dipetik dari Shahbudin dot com)

No comments:

Post a Comment