Nasharudin dalam Lembaga Penasihat SPRM. Apa sudah jadi? Bodoh punya cerita. Dulu berkobar2 nak jalankan tugas sebaiknya. Siapa letakan orang seperti Pak Lebai ini dalam SPRM? Kalau Adam Baki eloklah dia berundur.
Menurut sumber, lima akaun bank itu dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Nasharudin Mat Isa. Akaun-akaun bank itu termasuk akaun peribadinya serta akaun empat milik empat yayasan antaranya Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF).
Tuan Haji Nasharudin menerajui GMFF sejak 2015 sehingga yayasan yang diasaskan bekas perdana menteri Najib Razak itu ditutup selepas Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya.
Nasharudin adalah pemimpin PAS yang pertama dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada 8 Februari lalu.
No comments:
Post a Comment