Monday, August 5, 2019

AKU BISA ADA JET - KU FRAUD




LHDN saman Ku Nan tuntut bayar cukai pendapatan RM57.17 juta

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan saman terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntutnya membayar wang berjumlah RM57.17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak  2012 sehingga 2017.


Kerajaan Malaysia mendakwa sehingga kini defendan masih  gagal membayar amaun cukai pendapatan  yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05  (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Tengku Adnan kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi, di sini iaitu masing-masing menerima wang RM2 juta dan RM1 juta yang mana satu kesnya pada peringkat perbicaraan manakala satu kes lagi ditetapkan perbicaraan pada 3 September.

Pada 25 Jun lepas Kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntutnya membayar  cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

– Bernama

KETUANAN MELAYU


KAMIKUP



No comments:

Post a Comment