Ini baru mahkamah, kalau di Bamboo River nanti cuba gambarkan, lebih seksa dari melecur akan diterima.
(Beri aku 1juta nak jadi Adun Tronoh ni!!)
NAJIB SAKIT PUNGGUNG DUDUK BERJAM-JAM DI MAHKAMAH
SELEPAS kes pendakwaan perbicaraan SRC International berakhir, peguam Najib Razak mengadu tentang bangku di kandang tertuduh yang menyebabkan bekas perdana menteri itu sakit punggung.
Sepanjang perbicaraan SRC International yang berlangsung selama 57 hari itu, Najib duduk di dalam kandang tertuduh yang hanya mempunyai bangku panjang.
“Duduk atas kayu itu, saya jemput anda duduk sejam,” kata Shafee pada sidang media selepas pendakwaan menutup kes mereka hari ini.
“Awak muda lagi, punggung awak pejal berbanding Najib. Cuba tengok kalau awak tahan,” sindir Shafee mengundang ketawa wartawan.
Sepanjang perbicaraan, Najib duduk di atas dua kusyen yang dibawa pembantunya ke mahkamah. Shafee menjelaskan yang Najib dihendaki duduk berjam lamanya sepanjang perbicaraan berjalan.
“Saya tak sedar kerana kebanyakan anak guam yang saya bela selalunya orang muda. Tetapi, Najib sudah 60-an. Punggungnya tak banyak isi. Ia (sakit) sampai ke tulang.
“Saya minta AG untuk teliti dan mungkin juga hakim (perlu nilai) kerana mereka perlu ubah sistem. Mengapa tak letak kusyen? Berapa harganya? Saya pasti awak ada saudara yang pernah didakwa. Awak tak mahu saudara awak duduk seperti itu dan dilayan seperti haiwan,” katanya.
No comments:
Post a Comment