Telah ku cuba mendulang emas - di Lubok Mandi, Marang dan Kg. Rokan, Gemencheh tetapi tidak berhasil. Agaknya teknik tak betul, pengalaman tidak ada dan tidak sabar berusaha.
Metal detector yang ku beli (di Brisbane) dulu tidak boleh pakai kerana tidak sensitif, seperti alat mainan sahaja. Tahun sudah ada peluang pergi ke Dallas dan ku beli metal detector yang canggih. Sudah testing di beberapa tempat berdekatan. Saban hari teruja hendak mencari harta karun. Dimana? Teringat di Melaka.
Awal tahun ini rioh dengan berita harta karun kerajaan Melaka tersimpan dalam gua di sebuah pulau. Betulke?
Greg sedang mencuba metal detector yang ku beli (di Dallas) dibelakang rumahnya.
Tempat2 bersejarah harus ada peninggalan yang tertimbus zaman. Misalnya Feringgi tentu ada bawa harta semasa menakluki Melaka melebihi satu kurun, 1511-1640.
Baik ku teliti peta2 lama kota Melaka terutamanya di persisiran kubu "A Formosa" agar dapat pertunjuk dimana agaknya ada harta karun. Kalau jumpa peluru meriam pun memadai.
Baik ku teliti peta2 lama kota Melaka terutamanya di persisiran kubu "A Formosa" agar dapat pertunjuk dimana agaknya ada harta karun. Kalau jumpa peluru meriam pun memadai.
Peta kota Melaka, 1515.
Peta "Formosa" sebelum 1640.
Peta "A Formosa" sebelum 1640.
Di persisiran pantai mudah menggali pasir kala metal detector berbunyi. Dan tidak ada pihak yang melarang.
Melaka tidak jauh dari kampung ku Gemencheh. Entah bila nak treasure hunt ni.
No comments:
Post a Comment